ARTIKEL

Kerajaan Sarawak miliki falsafah yang sama – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Barisan Kabinet Kerajaan Sarawak mempunyai satu falsafah yang sama iaitu agama sebagai tiang untuk rakyat mematuhi cara hidup dan berdisiplin dalam menghadapi cabaran hidup.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, berlandaskan pada falsafah tersebut, ia dapat membantu dalam memahami ajaran agama masing-masing.

Kata beliau, kesemua agama mempunyai satu persamaan iaitu mempunyai perwatakan yang baik dan melayani Tuhan.

“Oleh itu, kewujudan kerajaan adalah untuk menggalakkan rakyat mempunyai disiplin dan berkhidmat untuk negara, lebih-lebih lagi melayani Tuhan.

“Tuhan suruh kita berbuat baik, Tuhan suruh kita untuk berlaku adil kepada umat manusia. Bukan sahaja kepada manusia, malah berbuat baik terhadap alam sekitar, tumbuhan dan haiwan. Ini merupakan dasar bersama.

“Jika anda mempunyai pemimpin yang mempunyai semangat kepada kelangsungan hidup manusia dan persekitaran, anda akan mempunyai masa hadapan yang cerah,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Kompleks Unifor, Jalan Ong Tian Swee baru-baru ini.

Tambah Abang Johari, ini merupakan falsafah yang dipegang teguh oleh barisan Kabinetnya dan dalam masa yang sama beliau turut menyuarakan untuk menjaga agama-agama lain bukan Islam.

Beliau memberitahu, kesemua barisan Kabinetnya mempunyai kesefahaman yang sama dan turut menyokong pembinaan Kompleks Unifor. Katanya lagi, dengan adanya kesefahaman tersebut, Kompleks Unifor dapat dibina dan pada masa yang sama mewujudkan masyarakat yang harmoni.

“Apa yang penting ialah kita mempunyai tanggungjawab yang kolektif dan kita harus melindungi hubungan harmoni di Sarawak.

“Kita mempunyai sasaran menjelang 2030. Negeri ini harus menjadi negeri yang membangun di Malaysia. Apabila kita mempunyai masyarakat yang harmoni, Tuhan akan menjaga kita dan membantu kita,’’ ujarnya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, barisan Kabinet Kerajaan Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion dan kenamaan lain.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan