ARTIKEL

Johnny Pang menyerahkan replika cek RM598,449 kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan SM Kai Dee Bintulu, Datuk Dr. Wong Aik Loung.

Kerajaan Sarawak salur RM598,449 kepada SM Kai Dee, Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan RM598,449 kepada Sekolah Menengah (SM) Kai Dee Bintulu bagi menyokong keperluan serta pembangunan sekolah berkenaan.

Penyerahan peruntukan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming yang mewakili Kerajaan Sarawak kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan SM Kai Dee Bintulu, Datuk Dr. Wong Aik Loung.

Johnny Pang meninjau salah satu reruai jualan sempena Karnival Jualan Amal ‘Bantuan Pendidikan Dengan Kasih Sayang, Menyalakan Harapan – Sayangi Kai Dee’.

Johnny Pang berkata, bantuan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan pendidikan serta peranan institusi sekolah dalam melahirkan generasi berilmu, berkualiti dan berdaya saing.

“Pendidikan adalah asas penting membina masa depan generasi muda. Sokongan seperti ini menunjukkan komitmen bersama bagi memastikan sekolah mempunyai persekitaran lebih baik demi manfaat para pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan penyerahan peruntukan berkenaan sempena kunjungan ke Karnival Jualan Amal ‘Bantuan Pendidikan Dengan Kasih Sayang, Menyalakan Harapan – Sayangi Kai Dee’ di perkarangan sekolah itu, hari ini.

Menurutnya, pembangunan pendidikan memerlukan sokongan berterusan daripada semua pihak termasuk kerajaan, pihak sekolah, ibu bapa, alumni dan komuniti setempat.

Beliau turut menghargai komitmen warga sekolah, ibu bapa, alumni dan masyarakat yang bersama-sama menjayakan karnival berkenaan sebagai usaha menyokong pembangunan SM Kai Dee Bintulu.

Katanya, penyaluran peruntukan itu membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh institusi pendidikan negeri selaras dengan usaha melahirkan modal insan berkualiti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU