Kerajaan Sarawak salurkan RM2 juta untuk bantu petani di Tanjung Datu

LUNDU: Kerajaan Sarawak terus membantu rakyat di N3 Tanjong Datu bila RM2 juta diluluskan dan disalurkan kepada Jawatankuasa Pertanian N3 Tanjong Datu untuk membantu rakyat menambah pengatahuan dan menambah pendapatan melalui bidang pertanian.

“Kerana itu untuk kursus hari ini saya meminta mereka memilih mereka yang benar-benar berminat untuk mengusahakan pertanian sendiri dan membantu mereka meningkatkan taraf hidup melalui pertanian.

Ianya bukan kursus yang boleh dipandang ringan kerana ianya memerlukan kos yang besar untuk dilaksanakan, ”

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) N3 Tanjong Datu, YB Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Hj Anu berkata demikian ketika menghadiri Community Extension Outreach Programme(CEOP) Anjuran Jabatan Pertanian Daerah Lundu yang diadakan di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu hari ini.

‘Peserta kursus harus mengambil peluang ini dengan sebaiknya. Lebih lagi sekarang bidang pertanian telah melalui proses transformasi dimana banyak cara baru digunakan untuk pengeluaran hasil maksimum seperti pertanian secara fertigasi dan hidroponik dengan cara yang lebih mudah dan dapat dilakukan secara sambilan serta dapat meningkatkan pendapatan, ” tambahnya lagi.

Beliau juga sempat melawat projek pertanian fartigasi seorang peserta kursus di Kampung Sileng Dayak Lundu sebelah program bermula.

Hadir sama, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Ketua Menteri Sarawak, Haji Helmi bin Hazemi. Pegawai Daerah Lundu, Encik Gustian Hj Durani. Pegawai Pertanian Bahagian Kuching, Chong Mui Sia. Musat Anak Senada, Pegawai Menguasa Pertanian Daerah Lundu dan Ketua-Ketua Kaum Dan Masyarakat Daerah Lundu.

Suara Sarawak