ARTIKEL

Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki merasmikan FMAC2026. FOTO: Ramidi Subari

Kerajaan Sarawak Tumpu Tadbir Urus Strategik Dalam Pengurusan Aset, Kemudahan Awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengorak langkah mengubah pendekatan tradisional dalam pengurusan aset dan kemudahan awam dengan memberi tumpuan kepada tadbir urus strategik serta memperluas kerjasama bersama sektor swasta bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, kemudahan moden memerlukan kepakaran khusus, teknologi canggih, inovasi serta keupayaan operasi yang kukuh.

Katanya, ia memerlukan pendekatan yang lebih strategik dengan kerajaan memberi tumpuan kepada tadbir urus, peraturan, hala tuju dasar dan pemantauan prestasi, sambil memanfaatkan kekuatan sektor swasta dalam penyampaian perkhidmatan.

Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berucap merasmikan FMAC2026.

“Kerajaan semakin mengguna pakai pendekatan kerjasama awam-swasta. Sektor awam bertindak sebagai pemilik aset dan pengawal selia yang berkesan, manakala sektor swasta menyediakan perkhidmatan khusus berdasarkan piawaian dan akauntabiliti yang jelas.

“Pendekatan ini membolehkan kerajaan menjadi lebih tangkas dan cekap sambil memastikan perkhidmatan awam terus memenuhi keperluan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pengurusan Fasiliti Asia Kelima 2026 (FMAC2026) bertemakan Pengurusan Fasiliti Mampan: Manfaat Holistik kepada Semua Pemegang Taruh, di sini hari ini.

Abu Bakar berkata Sarawak telah mengamalkan pendekatan ini dalam beberapa bidang, antaranya kutipan sisa pepejal yang dilaksanakan pengendali swasta di bawah pengawasan kerajaan.

Katanya, kerajaan terus menetapkan piawaian, memantau prestasi dan memastikan akauntabiliti, manakala pengendali sektor swasta menyumbang kepakaran, teknologi dan kecekapan operasi dalam penyampaian perkhidmatan tersebut.

Beliau berkata kejayaan ini perlu diperkukuh dan diperluas secara berperingkat kepada bidang pengurusan aset awam yang lain.

“Salah satu contoh yang sedang kita terokai ialah operasi dan pengurusan loji rawatan air luar bandar. Pada masa ini, banyak kemudahan ini dikendalikan dan diurus oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

“Seiring dengan peningkatan permintaan bekalan air yang boleh dipercayai dan berkualiti, kita perlu meneroka pendekatan yang lebih cekap dan mampan dalam mengurus aset kritikal ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU