ARTIKEL

Abang Johari ketika ditemu bual media selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Shell Malaysia. Foto: UKAS

Kerajaan S’wak galak pemain industri minyak dan gas labur, teroka rizab gas di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak menggalakkan pemain industri sektor minyak dan gas untuk menerokai rizab gas yang terdapat di negeri ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia merupakan dasar kerajaan yang mengalakkan pemain industri termasuk Shell melabur dan meneroka sektor tersebut.

Katanya, ini kerana dari segi geologi, dasar laut pelantar benua Sarawak mempunyai rizab gas sehingga ke kawasan Barat negeri ini.

“Namun ia bergantung kepada penerokaan dan juga keboleksanaan ekonomi. Sama ada ia ekonomi atau tidak.

“Ia bergantung kepada teknologi yang ada, kalau teknologinya ada bermakna gasnya boleh dipakai sebagai sumber lain untuk rizab gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual media selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Shell Malaysia bersama isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, hari ini.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Dengan pemindahan ibu pejabat Shell Malaysia dan kakitangannya ke Miri, Abang Johari berkata, ia bakal menjadikan bandar itu kembali aktif dengan aktiviti hiliran minyak dan gas.

“Kalau aktiviti hiliran bertambah bermakna banyak lagi kegiatan hiliran yang berlaku di Sarawak,” ujarnya.

Abang Johari (tiga kiri), Wan Junaidi (empat kiri) dan tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan bersama Pengerusi Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Shell Malaysia. Foto: UKAS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU