ARTIKEL

Kerajaan S’wak konsisten toleransi agama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak sentiasa lantang dan konsisten mengenai perpaduan dan kebebasan beragama termasuk isu penggunaan kalimah Allah yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kelab Penyokong Kerajaan GPS dalam satu kenyataan menyangkal dakwaan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh bahawa Kerajaan Sarawak berdiam diri berhubung rayuan Putrajaya ke atas penggunaan nama Allah dalam penerbitan pendidikan agama dan buku.

Katanya, pelbagai kenyataan yang dibuat pemimpin GPS mengenai perkara tersebut pada minggu lalu malah beberapa tahun sebelum ini.

Kelab itu menegaskan, GPS meneruskan perjuangan bekas Ketua Menteri Pehin Seri Adenan Satem yang menegakkan kebebasan beragama melalui pendiriannya dengan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan, gereja termasuk doa mereka.

“Ia diteruskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang berkali-kali membincangkan isu ini dan memberi jaminan kumpulan pelampau itu tidak mempunyai tempat di Sarawak. “Sekiranya Soon Koh membaca sepenuhnya berita minggu lalu selain membaca isu yang dikutip di pelbagai platform, beliau pasti mendapat gambaran jelas dan tepat mengenai pendirian serta prinsip GPS,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mac 2021

BERITA LAIN

Bawa keceriaan Ramadan kepada golongan memerlukan

KUCHING: Yayasan Ikram Malaysia (Ikram) fokus untuk membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan dan kurang bernasib baik di seluruh negara, termasuk di Sarawak. Ketua Pegawai Eksekutifnya,

Bazar Ramadan di Sarawak kembali meriah

KUCHING: Pembukaan bazar Ramadan di sekitar Sarawak sedang giat dijalankan dengan beberapa lokasi telah ditetapkan untuk dijadikan tempat berniaga sepanjang bulan Ramadan ini. Pembukaan bazar

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road