ARTIKEL

Bazar Ramadan di Sarawak kembali meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembukaan bazar Ramadan di sekitar Sarawak sedang giat dijalankan dengan beberapa lokasi telah ditetapkan untuk dijadikan tempat berniaga sepanjang bulan Ramadan ini.

Pembukaan bazar Ramadan pada kali ini sangat meriah berbanding semasa pandemik Covid-19.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menyediakan sebanyak 168 petak tapak jualan bazar Ramadan secara keseluruhan di tiga buah lokasi iaitu di Satok, Semarak dan Sukma Ria.

Terdapat juga lokasi lain yang turut dipilih sebagai tapak bazar jualan seperti di Stadium Sarawak, Mydin Vista Tunku, Bazar Aidilfitri Satok dan Metrocity Matang.

Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pula menyediakan sebanyak 160 tapak yang dibuka di Pusat Komersil Stutong dan Pasar Komuniti Stutong.

Sementara itu, sebanyak 11 lokasi digunakan sebagai tapak bazar Ramadan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) pada tahun ini.

Antara lokasi yang terlibat adalah Sentosa Square, tempat letak kereta KFC Matang Jaya, tempat letak kereta Shiok Seafood, H&L Supermarket, Dewan Komuniti Kampung Haji Baki, Emart Matang dan Emart Batu Kawa, Lee Ling Commercial Centre, Prince Commercial Centre, Ninso Jalan Batu Kawa dan Pines Square Batu Kawa.

Di Sibu, pula sebanyak 40 kanopi didirikan untuk menampung sekitar 160 peniaga di Bazar Ramadan Dataran Tunku Bujang di bawah pengurusan Persatuan Peniaga Islam Taman Selera Harmoni Sibu.

Manakala di Miri, 570 gerai akan beroperasi yang melibatkan 10 lokasi bazar Ramadan di sekitar Miri.

Orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kebersihan di kawasan tersebut dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

BERITA LAIN

Bawa keceriaan Ramadan kepada golongan memerlukan

KUCHING: Yayasan Ikram Malaysia (Ikram) fokus untuk membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan dan kurang bernasib baik di seluruh negara, termasuk di Sarawak. Ketua Pegawai Eksekutifnya,

Persiapan bazar Ramadan di Kuching rancak

KUCHING: Bazar ibarat satu kewajiban apabila menjelang bulan Ramadan, ia sering kali menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan juadah untuk berbuka puasa. Berbaki kurang dari

BERITA TERBARU

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan