ARTIKEL

Kerajaan teliti impak sebelum buat keputusan tentang rasionalisasi subsidi RON95 – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti kesan daripada pelbagai langkah yang diambil berkaitan subsidi sebelum membuat keputusan mengenai keperluan rasionalisasi subsidi petrol RON95, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata setakat ini, tiada kertas dasar mengenai rasionalisasi subsidi bahan api RON95. 

“Ada kajian dulu tetapi kita fikir lebih baik kita lihat dulu langkah-langkah yang diambil pada (kadar tarif) elektrik, (harga) ayam dan penyasaran subsidi diesel yang kita buat pada tahun ini dan tahun lepas.

“Kita lihat kesannya dahulu dan reaksi rakyat.

Kemudian, barulah kita bersedia untuk berunding (mengenai) apakah keperluannya,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai keputusan kerajaan sama ada akan melaksanakan penyasaran bersasar bagi subsidi petrol RON95.

Anwar menegaskan penyasaran subsidi disifatkan wajar untuk menangani isu salah guna dan kecurian bahan api membabitkan warga asing sehingga mendatangkan kerugian yang besar kepada negara.

Kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah sejak tahun lepas termasuk kawalan harga ayam yang ditamatkan sepenuhnya bermula 1 Nov 2023 dan penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lepas.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai hingga 31 Dis ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

Getah sekerap Sarawak RM3.90 sekilogram

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks tidak diaktifkan di seluruh negara pada Oktober ini.

BERITA TERBARU

Getah sekerap Sarawak RM3.90 sekilogram

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks tidak diaktifkan di seluruh negara pada Oktober ini.