ARTIKEL

Permintaan penumpang udara global susut 0.5 peratus pada September

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Permintaan penumpang udara global, yang diukur menerusi hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), susut 0.5 peratus pada September 2026 berbanding bulan sama tahun lalu.

Penurunan itu mencerminkan kelemahan pasaran di Asia Barat dan Amerika Utara, manakala permintaan sebenarnya naik 0.3 peratus jika Asia Barat tidak dikira, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) seperti dilapor Bernama.

Dalam kenyataan dari Geneva, Switzerland, IATA memaklumkan kapasiti global yang diukur menerusi tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) menurun 0.2 peratus, sementara faktor muatan susut 0.3 mata peratusan kepada 83.2 peratus.

Naib Presiden Kanan Kelestarian dan Ketua Pakar Ekonomi IATA, Marie Owens Thomsen, menyifatkan prestasi itu lebih baik berbanding Ogos kerana kebanyakan pasaran antarabangsa kembali mencatat pertumbuhan, selain menjangkakan corak sedemikian berterusan akibat ketidaktentuan geopolitik dan harga bahan api yang tidak menentu.

Permintaan antarabangsa meningkat 0.4 peratus, atau 1.7 peratus tanpa Asia Barat, manakala syarikat penerbangan Asia Pasifik merekodkan kenaikan permintaan 0.7 peratus dengan faktor muatan 83.1 peratus, sedangkan trafik dalam Asia menurun 0.9 peratus pada kadar lebih perlahan berbanding Ogos.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU