ARTIKEL

Getah sekerap Sarawak RM3.90 sekilogram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks tidak diaktifkan di seluruh negara pada Oktober ini.

Menurut LGM, insentif tersebut hanya diaktifkan apabila purata harga getah sekerap di peringkat ladang jatuh di bawah RM3.00 sekilogram.

Sekiranya IPG bagi getah sekerap diaktifkan, insentif untuk lateks turut diaktifkan serentak dengan kadar 90 sen sekilogram berdasarkan kandungan getah kering 100 peratus.

Bagi Oktober 2026, harga purata bulanan getah sekerap mencecah RM4.55 sekilogram di Semenanjung Malaysia dan RM4.20 sekilogram di Sabah seperti dilapor Bernama.

Di Sarawak pula, harga purata bulanan getah sekerap ialah RM3.90 sekilogram, sekali gus melepasi ambang pengaktifan sehingga tiada bayaran IPG dibuat bagi bulan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU