ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kerajaan terus bekerja, rangka lebih banyak inisiatif kepada rakyat – Anwar Ibrahim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai anjakan dan reformasi untuk membela kebajikan rakyat serta melonjak negara ke tahap tertinggi sepanjang dua tahun mentadbir negara.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus bekerja dan merangka lebih banyak inisiatif dan dasar yang memihak kepada rakyat.

“Alhamdulillah, semalam genap dua tahun Kerajaan MADANI mentadbir negara.

“Namun, perjalanan kita masih jauh untuk benar-benar merealisasikan visi MADANI.

Justeru, kerajaan ini akan terus bekerja dan merangka lebih banyak inisiatif dan dasar yang memihak rakyat terbanyak, insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dalam hantaran itu, Anwar turut memuat naik infografik beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI dalam usaha mengangkat martabat rakyat dan negara.

Antara inisiatif tersebut ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memanfaatkan 9 juta penerima B40, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8.4 juta penerima untuk membeli keperluan asas di 600 kedai runcit dan pasar raya serta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kepada 4,615 peserta golongan B40, miskin dan miskin tegar sehingga berjaya menambah pendapatan mereka.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU