ARTIKEL

Kerajaan tubuh Majlis Tindakan Ekonomi, bersidang setiap Isnin – PM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet pertama dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memutuskan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) sebagai langkah segera mendepani cabaran ekonomi negara.

Muhyiddin berkata EAC yang dipengerusikan oleh beliau sendiri, akan bersidang setiap Isnin dengan mesyuarat pertamanya pada 16 Mac ini.

EAC akan dianggotai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beberapa individu berwibawa lain akan dipilih dan dipanggil untuk menganggotai EAC termasuk Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

“Semua jemaah menteri sedar terutama dalam situasi ekonomi meruncing dengan harga minyak yang turun ke paras US$30 setong, turun 31 peratus sudah tentunya akan memberi kesan kepada sumber dana kerajaan.

“Ini dibebankan lagi COVID-19 yang telah berlarutan selama beberapa minggu dan memberi impak amat besar kepada negara terutamanya dalam soal ekonomi,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet itu di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha