ARTIKEL

Kerajaan tubuh Pasukan Petugas Industri Labuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LABUAN: Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Pasukan Petugas Industri Labuan bagi meneliti dan menangani isu utama dihadapi pemain industri tempatan di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata keputusan dicapai selepas beliau menghadiri sesi libat urus bersama pemain industri Labuan, dengan disertai timbalannya Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abd Rahman, pegawai tertinggi Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Perbadanan Labuan serta ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Beliau berkata sesi itu memberi ruang kepada pemain industri menyuarakan cabaran operasi semasa serta keperluan sebenar industri di lapangan, selain mengiktiraf peranan pemain industri sedia ada yang memastikan ekonomi Labuan terus berfungsi.

“Kerajaan MADANI menghargai ketahanan dan komitmen pemain industri dalam mengekalkan operasi serta peluang pekerjaan di Labuan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Hannah, pasukan petugas industri Labuan itu akan dipengerusikan oleh Lo dan Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Mohd Husni Mohamad Salleh.

Pasukan turut dianggotai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan Datuk Danyal Balagopal Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) JWP Farah Adura Hamidi serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) JWP Datuk Parang Abai @ Thomas.

Selain itu, wakil daripada Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, Jabatan Imigresen Malaysia, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia serta Jabatan Bekalan Air turut dilibatkan dalam pasukan petugas berkenaan.

Hannah berkata pasukan itu juga akan bekerjasama rapat dengan Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong bagi penyelarasan dasar berkaitan dan diberikan tempoh tiga bulan untuk mengemukakan cadangan penyelesaian, khususnya melibatkan penyelarasan antara agensi kerajaan.

Beliau berkata keutamaan Kerajaan MADANI adalah memastikan pemain industri sedia ada kekal dan terus berkembang di Labuan, dengan tumpuan turut diberikan kepada isu asas seperti bekalan air dan elektrik bagi menyokong pertumbuhan industri.

“Kerajaan MADANI akan bekerjasama rapat dengan pemain industri bagi memastikan pembangunan Labuan terus mampan dan berdaya saing,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan