ARTIKEL

Gambar hiasan.

Kerana durian, abang sanggup ugut mahu bunuh adik sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan terhadap seorang warga emas lelaki kerana mengugut hendak membunuh adik lelakinya selepas ditegur supaya jangan mengutip buah durian di dusun mangsa.

Alek Dawi, 58, dari Kampung Pesa mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di sebuah dusun durian di Kampung Pesa, kira-kira jam 4.30 pagi, 7 September 2023.

Berdasarkan fakta kes, semasa pengadu berusia 56 tahun sedang menunggu buah durian jatuh sambil mengumpul buah tersebut di dusunnya, tiba-tiba didatangi abangnya lalu mengambil buah berkenaan tetapi pengadu memberitahu bahawa ia untuk dijual.

Tertuduh yang tidak berpuas hati lalu mengambil parang dalam kereta jenis pacuan empat roda dan mengeluarkan kata-kata ugutan bunuh hendak menembak pengadu menggunakan selaras senapang patah.

Selain itu, tertuduh juga mengejar mangsa sehingga ke pondok lalu merosakkan motosikal miliknya.

Bimbang akan keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 9 September lalu.

Pada 29 September 2023, dalam mahkamah yang sama, Alek dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan kerana merosakkan motosikal pengadu hingga menyebabkan kerugian RM800.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat merosakkan harta benda.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan