ARTIKEL

Gambar hiasan

Kerana Redmi Note 13, pencuri tidur di penjara 6 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memiliki harta curi, iaitu sebuah telefon hasil daripada kegiatan pecah masuk sebuah kilang minyak wangi, Oktober lalu.

Qamarul, 29, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Abdurrahman Abrar Jarni.

Mengikut pertuduhan, Qamarul didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan, kerana memiliki harta curi sebuah telefon pintar jenama Redmi Note 13 milik seorang wanita berusia 29 tahun.

Dia didakwa memiliki barang tersebut di sebuah rumah tidak bernombor di Tabuan Dani, sekitar jam 1.10 petang, 18 Oktober lepas.

Berdasarkan fakta kes, pada 10 Oktober lalu, sekitar jam 8.20 pagi, pengadu yang merupakan penyelia kilang menyedari bahawa kilang telah dipecah masuk melalui tingkap kaca belakang premis.

Setelah membuat pemeriksaan, beberapa barang telah hilang seperti wang tunai berjumlah RM2,877.35 dan dua buah telefon pintar.

Laporan polis dibuat seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 18 Oktober lalu di sebuah rumah.

Hasil siasatan mendapati, tertuduh telah pecah masuk premis kilang dan mencuri beberapa barang, dan telefon pengadu ada dalam milikan tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmawi Nur Haqim Mokhtar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU