ARTIKEL

Kerani rugi RM23,734, ditipu ejen peminjam wang dalam talian.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang kerani di sini mengalami kerugian sebanyak RM23,734 setelah terpedaya dengan pinjaman wang yang tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini (Khamis) berkata, mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berumur dalam lingkungan 30-an telah tampil membuat laporan polis berhubung kes tersebut, semalam (28 Februari).

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah menerima satu laporan polis daripada mangsa yang memaklumkan dia terpedaya dengan pinjaman wang yang tidak wujud secara dalam talian sehingga mengalami kerugian sebanyak RM23,734,” katanya.

Menurut Zulkipli, pada 20 Februari 2024 mangsa telah menerima pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp yang memperkenalkan diri sebagai ejen pinjaman bank menawarkan pinjaman wang peribadi bank secara dalam talian.

Tertarik dengan tawaran pinjaman tersebut, mangsa bersetuju membuat pinjaman berjumlah RM20,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM600 selama lima tahun.

“Bermula dari tempoh 21 Februari 2024 sehingga 22 Februari 2024 mangsa telah membuat tiga kali pindahan wang ke dalam dua akaun bank tempatan seperti yang diarahkan oleh suspek bagi tujuan pembayaran proses pinjaman wang tersebut.

“Selepas kesemua transaksi pindahan wang dilakukan wang pinjaman masih belum dikreditkan ke dalam akaun mangsa,” katanya.

Rentetan itu, beliau berkata, mangsa berasa curiga dan sedar telah terpedaya lalu membuat laporan polis.

BERITA LAIN

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik