ARTIKEL

Kereta hancur akibat terbabas kendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga tempatan tersepit di tempat duduk setelah kenderaan yang dipandunya remuk akibat terbabas kendiri di Jalan Stephen Yong, semalam.

Kejadian disedari oleh orang awam ketika melalui lokasi kejadian sebelum membuat laporan kecemasan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak.

Ketua Operasi BBP Batu Lintang, PBK II(KUP) Zainal berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian sekitar jam 9.33 malam sebelum bersama sembilan anggota turun ke lokasi.

Menurutnya, pemeriksaan awal mengesahkan kejadian melibatkan sebuah kenderaan dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun telah terbabas.

“Setibanya di lokasi pasukan melakukan operasi menyelamat seorang lelaki dewasa dalam keadaan sedar yang tersepit di tempat duduk pemandu kenderaan terbabit.

” Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan EMRS,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, katanya, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, operasi tamat pada jam 9.56 malam.

HANCUR… kenderaan mangsa terdampar dan kelihatan hancur akibat insiden
SELAMAT… Pasukan bomba melakukan operasi menyelamat mangsa yang tersepit di lokasi kejadian

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil