ARTIKEL

Kereta parkir di rumah terbakar 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebuah kereta SUV Hyundai yang diparkir di sebuah rumah di Taman Austra Height Jalan Sibiyu, di sini terbakar 80 peratus dalam insiden kebakaran petang tadi.
 
Ketua Jabatan  Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad  berkata sepasukan anggota dari BBP Bintulu  dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 2.05 petang.

Anggota bomba memadam kebakaran yang memusnahkan 80 peratus kenderaan SUV Hyundai dalam kejadian di Taman Austra Height, Jalan Sibiyu.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan sebuah kereta yang diparkir di anjung kereta kediaman terbabit.

“Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran bantu mula sehingga kebakaran berjaya dikawal dan padam sepenuhnya.

Anggota bomba memadam kebakaran yang memusnahkan 80 peratus kenderaan SUV Hyundai dalam kejadian di Taman Austra Height, Jalan Sibiyu.

“Siasatan awal yang dijalankan mengesahkan kereta terbabit terbakar 80 peratus sambil menambah insiden tersebut turut memusnahkan sepuluh peratus kawasan hadapan struktur kediaman tersebut,” katanya.

Katanya, punca kebakaran bagaimanapun masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU