ARTIKEL

Datuk Seri Julaihi Narawi menjawab soalan daripada Iskandar Turkee.

Kerja awam darat bagi projek pembinaan saliran paip gas Bintulu-Samalaju bermula Dis 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek pembinaan saliran paip gas sepanjang 70 kilometer dari Bintulu ke Taman Perindustrian Samalaju kini dalam fasa kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi, berkata projek itu dijadual memulakan kerja-kerja awam darat (onshore civil works) pada Disember 2024.

“Ia akan beroperasi pada suku keempat 2025,” katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak, Iskandar Turkee, berhubung perkembangan projek itu, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Julaihi berkata ia bertujuan untuk menghubungkan Bintulu dengan Samalaju, dua hab strategik dalam industri gas dan tenaga Sarawak.

Infrastruktur ini akan memainkan peranan penting dalam memudahkan penghantaran gas asli bagi memenuhi keperluan industri, sekali gus mengukuhkan sektor tenaga negeri, katanya.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa projek itu adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Sarawak.

“Ia bagi meningkatkan sektor tenaga negeri, memastikan bekalan gas stabil dan mencukupi untuk menyokong pertumbuhan industri dan ekonomi Sarawak,” katanya.

Sebelum ini, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penyiapan projek itu akan meningkatkan pengagihan bekalan gas kepada pengguna di Taman Perindustrian Samalaju (SIP).

Beliau berkata ia termasuk stesen janakuasa Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) yang kini sedang dalam pembinaan.

“Projek itu akan membawa banyak faedah kepada penduduk setempat apabila siap nanti,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU