ARTIKEL

DUTA Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shahril Effendi Abdul Ghany semasa sidang media lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kedutaan Malaysia, Tokyo. - Bernama

Kerjasama ekonomi, teknologi Malaysia-Jepun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun akan menyediakan peluang strategik kepada Malaysia untuk meneroka kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi serta bina upaya yang terus menjadi agenda penting bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif di peringkat antarabangsa. 

Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shahril Effendi Abdul Ghany berkata, pemeteraian empat Memorandum Kerjasama dan dua Surat Hasrat antara Malaysia dan Jepun akan dilaksanakan semasa lawatan itu.

Beliau berkata pemeteraian tersebut melibatkan bidang pertahanan dan keselamatan serantau, kesihatan, peralihan tenaga, kerjasama alam sekitar serta kerjasama pendidikan tinggi. 

“Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan satu Kenyataan Bersama bagi tujuan menterjemahkan komitmen kepimpinan kedua-dua negara dalam usaha melonjakkan kerjasama dua hala ke tahap yang lebih tinggi, selaras dengan hubungan dua hala yang telah dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif,” katanya kepada media Malaysia di bangunan kedutaan Malaysia di Jepun. 

Shahril Effendi berkata lawatan tersebut adalah lawatan rasmi pertama Anwar ke Jepun sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November 2022.

Anwar telah mengadakan dua lawatan kerja di Jepun iaitu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan bersempena dengan 50 tahun Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun pada 2023 serta Persidangan Antarabangsa Nikkei pada 2024. 

Lawatan untuk memenuhi undangan kerajaan Jepun kali ini akan dimulai dengan Majlis Sambutan Rasmi di Pejabat Perdana Menteri Jepun dan disusuli dengan mesyuarat dua hala antara delegasi kedua-dua negara yang akan diketuai Anwar dan rakan sejawatan Sanae Takaichi. – Bernama

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat