ARTIKEL

Nurina Nabihah Bujang merakam foto kenangan bersama ahli Media Kuching FC.

Kerjasama korporat dan media pupuk semangat kesukanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: BrewCrewCoffeeClub memperkukuh komitmennya terhadap komuniti media menerusi kerjasama dengan Media Kuching FC sebagai usaha menghargai sumbangan pengamal media di samping memupuk budaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

Pemilik Bersama BrewCrewCoffeeClub, Nurina Nabihah Bujang, berkata inisiatif tersebut dilaksanakan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang memberi fokus kepada kesejahteraan komuniti, termasuk warga media.

Menurutnya, pengamal media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat, justeru wajar diberikan sokongan bagi menggalakkan keseimbangan antara kerjaya dan kesihatan.

“Pengamal media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat dan berita yang sahih kepada masyarakat.

“Justeru, kami berharap sumbangan kecil ini dapat menyokong usaha mereka, selain menggalakkan budaya hidup sihat melalui sukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengurus Media Kuching FC, Mohamad Gustie Noorambia, berkata sokongan yang diberikan BrewCrewCoffeeClub menjadi suntikan semangat kepada pasukan untuk terus memperkukuh hubungan dalam kalangan pengamal media menerusi aktiviti sukan.

Beliau berkata kerjasama tersebut turut mencerminkan penghargaan sektor korporat terhadap komitmen pengamal media yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada BrewCrewCoffeeClub atas sokongan yang amat bermakna ini dalam usaha memperkukuh semangat kesukanan, mengeratkan silaturahim dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga media di Sarawak.

“Kami berharap jalinan kerjasama ini akan diteruskan pada masa hadapan menerusi pelbagai program yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta masyarakat,” katanya.
BrewCrewCoffeeClub yang beroperasi di Wisma Hopoh, Kuching, menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman, selain aktif menyokong program komuniti serta pelbagai inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Media Kuching FC pula menghimpunkan pengamal media daripada pelbagai organisasi di Sarawak yang melibatkan media cetak, elektronik, digital dan penyiaran, khususnya yang berpangkalan di Kuching.

Kerjasama tersebut diharap dapat membuka ruang kepada lebih banyak kolaborasi antara sektor korporat dan komuniti media dalam memperkasakan pembangunan sukan serta menghargai jasa pengamal media.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU