ARTIKEL

Pelbagai pihak bekerjasama untuk menjayakan program gotong-royong pembersihan pascabanjir di Balingian semalam.

Kerjasama pelbagai pihak lancarkan gotong-royong pembersihan pascabanjir di Balingian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALINGIAN: Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) Cawangan Balingian mengambil inisiatif untuk mengadakan gotong-royong bagi membantu pembersihan semasa pascabanjir semalam.

Menurut Ketua Cawangan MDDM Balingian, Adeni Narawi, program tersebut dilaksanakan untuk membersihkan kawasan berlumpur akibat banjir.

“Kawasan yang terlibat adalah tempat parkir kenderaan dan juga tujuh unit kiosk Jumaat Sabtu Minggu (JSM) Balingian yang terjejas akibat banjir dan air pasang baru-baru ini.

“Dengan adanya pembersihan ini, ia akan mengindahkan dan menceriakan semula kawasan ini,” katanya.

Ujarnya, program ini dilaksanakan dengan kerjasama komuniti Balingian, Jawatankuasa Kiosk JSM Balingian, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Balingian, dan Pasukan Sukarelawan Bomba Balingian.

Tambah Adeni, dengan adanya kerjasama daripada pelbagai pihak, program gotong-royong itu berjalan dengan lancar.

“Para peniaga di sini juga dapat beroperasi seperti biasa dalam keadaan lebih bersih dan selesa selepas pembersihan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

“Peniaga dan penduduk di sini juga dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Adeni turut berterima kasih kepada pihak yang bekerjasama dengan mereka untuk menjayakan gotong-royong tersebut.

#gotongroyongbanjirbalingian

#pembersihanpascabanjirbalingian

BERITA LAIN

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat

BERITA TERBARU

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat