ARTIKEL

Kes baharu Covid-19 Sarawak dijangka meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jumlah kes baharu positif Covid-19 di Sarawak dijangka meningkat dalam beberapa hari akan datang berikutan pelaksanaan pengesanan kes aktif (ACD) secara meluas, kata Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing.
Menurutnya, operasi pengesanan tersebut dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan agensi berkaitan yang lain.
“Operasi ini sangat penting untuk kita mengesan semua kes positif di negeri ini secepat mungkin,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tambahnya, setakat ini Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu bersama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu secara aktif melakukan ACD di semua rumah panjang dan kawasan yang terdedah kepada kes positif.
“Justeru itu, kita menjangkakan kes akan terus meningkat dalam beberapa hari akan datang, namun jumlah tersebut diharap menurun selepas selesai operasi berkenaan.
“Oleh itu kita mengharapkan masyarakat akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” ujarnya sambil menggesa orang ramai yang mempunyai gejala untuk tampil ke hadapan.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali