ARTIKEL

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Mangsa Balik Ke Bilik Selepas Ditolak, Ditampar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAWAU, 15 April (Bernama) — Perbicaraan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa mangsa, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, kembali ke bilik asramanya selepas kejadian ditolak dan ditampar di bilik asrama 5 Belian pada Mac tahun lepas.

Tertuduh ke-13 berkata dia turut mengikut Mohamad Nazmie Aizzat kembali ke bilik asrama mereka di 7 Resak.

“Pada masa itu mangsa masih OK. Saya ada menasihatinya dan bertanya kenapa dia mencuri tapi dia diam sahaja sambil main telefon bimbit dia.

“Selepas itu, dia cakap mahu pergi mandi. Saya tolong ambilkan tuala dan alat mandi, kemudian saya ke bilik asrama 1 Belian main game dan makan mi segera,” kata saksi pembelaan ke-15 itu yang juga rakan rapat mangsa dalam pernyataan saksi pada perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Pada 28  Feb lepas, Duncan memerintahkan 13 remaja lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun didakwa membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, atau Ijat di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam 21 Mac lepas hingga 7.38 pagi 22 Mac tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan

Selain itu, tertuduh ke-13 juga memberitahu ada menampar mangsa sebanyak sekali di bahagian belakang tetapi tidak kuat.

Dalam pernyataan saksinya, tertuduh ke-13 juga berkata dia serta suspek lain diarah oleh seorang guru dikenali ‘Cikgu Firdaus’ menulis pengakuan di atas kertas A4 iaitu memukul mangsa, sebelum guru berkenaan menyerahkan kertas A4 itu kepada pihak polis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abdul Latif, TPR Ng Juhn Tao serta Batrisyia Mohd Khusri.

Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, dan Chen Wen Jye manakala lima lagi diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang serta Kusni Ambotuwo.

Perbicaraan bersambung petang ini.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah