ARTIKEL

Tangkap layar yang menunjukkan bukti berlakunya kes kecurian pagar rumah di Sealine 1 di sini hari ini

Kes curi di Miri: PDRM lancar Op Kesan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) melancarkan Op Kesan bagi mengesan suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah pagar rumah di kawasan perumahan Sealine 1, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 11.48 pagi.

Katanya, pengadu memaklumkan bahawa salah satu pagar rumah di kawasan perumahan tersebut telah dicuri oleh orang yang tidak dikenali, dan video kejadian tersebut telah tular di media sosial.

“Bertindak atas laporan yang diterima, BSJD IPD Miri telah menjalankan siasatan di tempat kejadian, dan rakaman CCTV telah diperolehi.

“Rakaman CCTV tersebut menunjukkan terdapat dua orang lelaki telah mengangkat pagar rumah tersebut dan meletakkannya di atas bumbung kereta disyaki Perodua Myvi berwarna Silver,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ekoran daripada kejadian tersebut, Alexson berkata bahawa BSJD Miri telah membuka siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, serta Op Kesan turut dilancarkan bagi mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Alexson menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini kerana ia akan menganggu siasatan.

Bagaimanapun katanya, individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini diminta untuk tampil ke Balai Polis yang berdekatan untuk membantu siasatan atau hubungi Inspektor Norashikin Adin di talian 085-433222 untuk menyalurkan maklumat berkaitan.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.