ARTIKEL

Gambar hiasan

Kes Dadah Berulang: Lelaki Dipenjara Lima Tahun, Dua Sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penjual ayam dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana terlibat dalam pengambilan dadah jenis syabu secara berulang.

Lelaki berusia 36 tahun tersebut mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shafiza Datuk Abdul Razak Tready.

Mengikut pertuduhan, dia mempunyai dua rekod lampau pada 24 dan 31 Julai 2023 di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi pertuduhan kali ini dia didakwa mengambil dadah terlarang sekali lagi jenis methamphetamine dan amphetamine di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Padawan, kira-kira 12 tengah malam, 6 Ogos lepas.

Pendakwaan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b) daripada akta yang sama.

Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, manakala Seksyen 39C (1)(b) akta yang sama membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan sebat tidak lebih daripada tiga sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pihak polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah berulang.

Hasil ujian saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah jenis syabu.

Hasil laporan sampel urin tertuduh dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak mengesahkan tertuduh positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Selain itu, dia juga mempunyai dua rekod lampau bagi kesalahan yang sama.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU