ARTIKEL

Lee mengagihkan topi keledar kepada penunggang motosikal yang hadir. FOTO: UKAS

Kes Kemalangan Jalan Raya di Miri Menurun 12.5 Peratus Awal Tahun Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kes kemalangan jalan raya di Miri mencatatkan penurunan sebanyak 12.5 peratus dalam tempoh Januari hingga Februari 2025, dengan 526 kes berbanding 601 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Lee Kim Shin, berkata penurunan itu melibatkan kemalangan maut yang berkurang kepada enam kes berbanding 12 kes tahun lalu.

“Secara keseluruhan, Sarawak mencatatkan sebanyak 3,237 kes kemalangan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, dengan 61 kematian, 20 cedera parah, dan 52 cedera ringan,” katanya.

Lee merakamkan gambar kenangan selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 di Stesen Minyak Shell, Jalan Miri Bypass. FOTO: UKAS

Beliau berkata demikian selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 di Stesen Minyak Shell, Jalan Miri Bypass, hari ini.

Menurutnya, kempen tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya, terutama menjelang musim perayaan yang menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

“Ketika musim perayaan, jumlah kenderaan di jalan raya meningkat kerana ramai yang pulang ke kampung.

“Oleh itu, semua pengguna jalan raya harus lebih berwaspada bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Statistik juga menunjukkan bahawa kecuaian pemandu masih menjadi punca utama kemalangan, dengan 95 peratus kes berpunca daripada kelalaian pemandu sendiri,” katanya lagi.

Lee, yang juga ADUN Senadin, turut menasihatkan pemandu agar melakukan pemeriksaan kenderaan sebelum perjalanan jauh, termasuk memeriksa brek, tayar, dan lampu kenderaan.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi had laju, terutama di Jalan Pan Borneo yang masih mencatatkan kadar kemalangan tinggi walaupun keadaan jalan semakin baik.

Turut hadir, Residen Bahagian Miri Galong Luang, Ketua Cawangan JPJ Miri Fifi Suhesty Hasmuni, Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, Pegawai Daerah Miri Rohanie Yusof, Penghulu Chai Kuen Ming, dan Kapitan Connie Tang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU