ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Mohd Radzi.

Kes melepaskan tembakan hingga sebabkan kecederaan, tiga lelaki ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Tiga lelaki tempatan ditahan hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes melepaskan tembakan sehingga menyebabkan tiga individu cedera di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Mohd Radzi, berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 23 hingga 26 tahun.

“Mereka ditahan di kawasan Batu 17 dan Batu 18 sekitar jam 8 hingga 11 malam tadi.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari hingga 16 Julai 2024,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kejadian tembakan dipercayai menggunakan senapang patah itu berlaku di belakang pasar raya di Batu 19, Jalan Kuching-Serian, pada awal pagi semalam.

Mohd Irwan berkata pihaknya menerima laporan insiden berkenaan pada 1.57 pagi daripada seorang lelaki berusia 26 tahun yang memaklumkan tiga rakannya terkena tembakan.

“Siasatan mendapati tiga lelaki berusia antara 24 hingga 25 tahun mengalami kecederaan di bahagian badan akibat tembakan.

“Kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan