ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Kes mpox: Jerman hantar makmal bergerak ke Congo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERLIN: Kerajaan Jerman menghantar sebuah makmal bergerak ke Republik Demokratik Congo bagi membantu mengenal pasti kes mpox dan mengawal penyebaran penyakit itu, Kementerian Pembangunan Jerman mengumumkan di Berlin pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Terdapat juga rancangan untuk melatih lebih ramai pakar supaya mereka dapat mengenali simptom dan memaklumkan masyarakat mengenai langkah pencegahan, kata kementerian itu. Langkah latihan serupa dianjurkan di timur Congo pada Jun, menurut kementerian berkenaan.

“Pihak berkuasa Afrika meminta bantuan komuniti antarabangsa. Dan bantuan ini kita mesti disediakan,” kata Menteri Pembangunan, Svenja Schulze.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan tahap amaran tertinggi disebabkan penularan mpox di Afrika dan varian baharu yang berpotensi lebih berbahaya.

Menurut pakar, varian mpox baharu, clade Ib, kelihatan lebih mudah berjangkit berbanding varian terdahulu dan juga lebih berkemungkinan membawa kepada kes yang teruk.

Pihak berkuasa kesihatan awam Afrika, CDC Africa merekodkan hampir 1,400 kes baharu mpox dalam masa seminggu, dan terdapat hampir 19,000 kes sejak awal tahun.

“Kami mewujudkan dana kecemasan antarabangsa sebagai pengajaran daripada pandemik, yang kini berjumlah US$500 juta,” kata Schulze.

“Dana ini harus digunakan untuk memerangi mpox.”

Beliau berkata dalam jangka panjang, tindak balas yang adil terhadap wabak itu ialah menghasilkan vaksin di Afrika. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu