ARTIKEL

Kes positif di Sarawak cecah angka 1,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 14 kes positif Covid-19 baharu dikesan di Daerah Kuching pada Rabu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 1,011 kes.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kes yang dikesan turut melibatkan seorang bayi berusia tujuh bulan dan seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

“Sebanyak 12 kes dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 sebelum ini.

“Manakala satu kes masing-masing dikesan melalui kes saringan individu bergejala dan kes saringan kendiri Covid-19,” katanya menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Rabu.

Menjelas lanjut, Uggah yang juga pengerusi JPBN Sarawak berkata daripada 14 kes tersebut, lima kes dikesan melalui kontak rapat kepada Kluster Green Hill dan tiga dikesan melalui kontak rapat kepada Kluster Wisma Saberkas.

“Kesemua kes telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut dan pengesanan kontak lain kepada rangkaian kes ini sedang giat dijalankan,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan