ARTIKEL

JAWAB SOALAN… John menjawab soalan daripada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sempena Krismas 2025 di Stesen Minyak Shell di sini, hari ini. | Photo Ghazali Bujang.

Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama – John Ilus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan komitmen semua pengguna jalan raya, bukan hanya bergantung kepada pihak berkuasa.

ADUN Bukit Semuja, John Ilus berkata, keselamatan di jalan raya harus dipandang sebagai usaha kolektif yang melibatkan pemandu, penunggang motosikal serta pejalan kaki, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan apabila aliran trafik semakin sibuk.

SIMBOLIK… John menyempurnakan simbolik pemberian topi keledar kepada pengguna jalan raya sempena Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sempena Krismas 2025 di Stesen Minyak Shell di sini, hari ini. | Photo Ghazali Bujang.

“Ia menuntut kerjasama semua pengguna jalan raya kerana setiap individu mempunyai peranan penting dalam mengurangkan risiko kemalangan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sempena Krismas 2025 di Stesen Minyak Shell di sini, hari ini.

Beliau berkata, kempen tersebut turut disertakan dengan tayangan video keselamatan jalan raya sebagai peringatan kepada pemandu dan penunggang motosikal supaya sentiasa mengamalkan sikap berhemah dan berdisiplin ketika berada di jalan raya.

SIMBOLIK… John menyempurnakan simbolik pemberian topi keledar kepada pengguna jalan raya sempena Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sempena Krismas 2025 di Stesen Minyak Shell di sini, hari ini. | Photo Ghazali Bujang.

John turut menyuarakan kebimbangan insiden kemalangan yang sering berlaku, khususnya di kawasan pusingan U dan persimpangan di sepanjang laluan Siburan.

Menurutnya ia berpunca daripada kecuaian serta kegagalan mematuhi peraturan dan papan tanda lalu lintas.

“Kemalangan sering dilaporkan berlaku di lokasi yang sama.

“Pengguna jalan raya perlu sentiasa berwaspada, mematuhi peraturan trafik dan memastikan keadaan fizikal serta mental mereka berada pada tahap terbaik sebelum memandu,” jelasnya.

SIMBOLIK… John menyempurnakan simbolik pemberian topi keledar kepada pengguna jalan raya sempena Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sempena Krismas 2025 di Stesen Minyak Shell di sini, hari ini. | Photo Ghazali Bujang.

Beliau berharap penganjuran kempen seperti ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai dan membentuk sikap lebih bertanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya.

Dengan tahap kesedaran yang lebih tinggi dan kerjasama semua pihak katanya, beliau berharap perjalanan pengguna jalan raya akan menjadi lebih selamat, khususnya sepanjang musim perayaan Krismas.

Dalam program tersebut, sebanyak 50 topi keledar diagihkan kepada penunggang motosikal sebagai langkah meningkatkan perlindungan dan kesedaran keselamatan, manakala 150 beg cenderamata yang mengandungi kit keselamatan jalan raya serta risalah maklumat turut diedarkan kepada pengguna jalan raya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU