ARTIKEL

Abang Jimmy menyampaikan cenderamata berupa beg bermotifkan pua kumbu hasil inisiatif Sisa Kepada Produk PETRONAS kepada Dr Stephen Rundi.

Keselamatan komuniti, kelestarian terus jadi keutamaan MLNG

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Keselamatan komuniti dan kelestarian alam sekitar kekal sebagai keutamaan Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG), dengan kerjasama erat antara pihak industri, agensi kerajaan dan masyarakat setempat menjadi asas kepada usaha membina komuniti yang lebih berdaya tahan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG (MLNG), Abang Jimmy Abang Mordian berkata, syarikat itu komited memastikan masyarakat yang tinggal berhampiran kawasan operasinya mendapat maklumat sewajarnya, terlibat dalam usaha keselamatan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau berkata keselamatan menjadi teras operasi PETRONAS sejak hampir lima dekad lalu, disokong kerjasama rapat dengan agensi kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan komuniti setempat.

“Program ini mencerminkan komitmen kami untuk memastikan komuniti di sekitar kawasan operasi mendapat maklumat, terlibat dan bersedia menghadapi kecemasan.

“Selain operasi kami, kami juga komited memperkukuh daya tahan komuniti, tanggungjawab alam sekitar serta kesejahteraan mereka yang tinggal, belajar dan bekerja di kawasan sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) Komuniti MLNG: Maklumat Bahaya Kemalangan Besar Industri kepada Orang Awam 2026 yang disempurnakan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Program berkenaan bertujuan meningkatkan pemahaman masyarakat dengan potensi bahaya berkaitan operasi industri, langkah keselamatan di kemudahan MLNG serta tindakan sewajarnya ketika berlakunya kecemasan.

Dalam perkembangan berkaitan, program itu turut menyaksikan pelancaran inisiatif Sisa Kepada Produk (Waste-to-Product) PETRONAS yang memanfaatkan bahan industri terpakai untuk menghasilkan produk baharu, sekali gus menyokong penggunaan sumber secara lebih cekap.

Menerusi inisiatif itu, kira-kira 700 kilogram pakaian kerja terpakai yang dikumpulkan daripada Malaysia LNG Sdn Bhd, ASEAN Bintulu Fertilizer Sdn Bhd dan PETRONAS Carigali Sarawak Sdn Bhd diproses menjadi produk komersial.

Abang Jimmy berkata usaha itu membuktikan bahawa pendekatan praktikal dan inovatif mampu mengurangkan sisa tekstil, selain menghasilkan nilai baharu daripada bahan yang sebelum ini tidak lagi digunakan.

Beliau berkata inisiatif berkenaan turut menyokong amalan ekonomi kitaran dengan memanjangkan jangka hayat penggunaan bahan serta mengurangkan pembaziran sumber.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU