ARTIKEL

Ketepi sikap penting diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SELURUH negara digemparkan dengan kes kematian seorang kanakkanak autisme, Zayn Rayyan yang sebelumnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun hasil bedah siasat mendapati wujud unsur jenayah. Ya, kanak-kanak istimewa berusia enam tahun itu dibunuh.

Laporan itu juga mendapati ada kesan kecederaan pada leher berkemungkinan besar dicekik atau dijerut, selain kecederaan pada bahagian tubuh. 

Kanak-kanak malang itu pada mulanya dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa dan hantaran ibunya di Facebook mengenai kehilangan itu telah tular serta mendapat perhatian pelbagai pihak.

Selepas laporan polis dibuat, gerakan mencari kanak-kanak istimewa itu giat dijalankan yang akhirnya membawa kepada penemuan mangsa dalam keadaan tidak bernyawa.

Kanak-kanak berkenaan ditemukan terbaring di aliran anak sungai yang terletak pada jarak 200 meter dari blok kediamannya pada jam 10.00 malam Rabu oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari. 

Namun lebih mengejutkan apabila polis merumuskan mangsa tidak mati di tempatnya ditemukan dan bukan meninggal dunia disebabkan lemas.

Mangsa mungkin mati di tempat lain sebelum mayat diletakkan di situ kerana usaha pencarian dijalankan pihak polis bersamasama masyarakat setempat selama dua hari yang melalui tempat sama, tidak menjumpai mangsa. 

Setakat laporan ini ditulis, pihak polis sedang giat menjalankan penyiasatan dan soal siasat semua individu berkaitan melalui sebuah pasukan khas.

Ia termasuk memulakan proses pencarian bahan bukti baharu bagi membantu siasatan.

Namun kejadian ini hanya satu daripada ribuan kes kehilangan kanak-kanak di Malaysia. Sebahagian kes berkenaan berakhir dengan tragedi menyayat hati. Apatah lagi bagi ibu bapa yang kehilangan anak, sudah tentu hati mereka umpama dirobek dan sukar menerima kenyataan. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan, kes kanak-kanak dan remaja yang dilapor hilang amat membimbangkan walaupun 80 peratus kes terbabit dikaitkan dengan mangsa keluar rumah untuk mencari keseronokan dan kebebasan. 

Ujarnya, mengikut statistik pada 2020 hingga September 2022, sebanyak 2,066 kanak-kanak hilang dilaporkan dan daripada jumlah itu, kanak-kanak berusia 13 hingga 15 tahun adalah kumpulan paling ramai hilang iaitu 1,119 orang diikuti 16 hingga 18 tahun (793), bawah enam tahun (105) dan tujuh hingga 12 tahun (109). 

Walaupun kebanyakan mereka ini dijumpai semula dalam keadaan selamat, tetapi Portal Rasmi KanakKanak Hilang setakat April lalu mendapati seramai 229 kanakkanak yang dilaporkan hilang itu gagal ditemui sehingga kini. 

Antara kanak-kanak yang tersenarai dalam portal berkenaan adalah dari Sarawak, Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah berusia lima tahun ketika dilaporkan hilang pada 28 September 2019. Kali terakhir Puteri Nurardiana dilihat ketika berada di bilik tidur di rumahnya di Bintulu.

Paling menggemparkan negara adalah Nurin Jazlin Jazimin yang hilang pada Ogos 2007 ketika itu berusia lapan tahun. Sebulan kemudian mayat Nurin ditemui di dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan rumah kedai di Petaling Jaya dalam keadaan bogel dan disumbat ke dalam bes dalam kedudukan janin.

Namun malangnya ‘petunjuk’ diperoleh pihak polis sepanjang siasatan masih gagal untuk membantu mengesan identiti penculik dan pembunuh kejam itu sehingga kini. Ini cuma cebisan kes-kes kanakkanak hilang di negara kita yang dilaporkan. Justeru, kes-kes kehilangan kanak-kanak ini tidak boleh dipandang remeh.

Anggota masyarakat hendaklah lebih peka dan sensitif serta bertanggungjawab dengan mengambil berat terhadap persekitaran dan mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri.  Masyarakat tidak seharusnya menuding jari kepada pihak berkuasa atas sebab berlakunya kes kehilangan kanak-kanak, bahkan ia seharusnya memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak termasuk peranan institusi sosial yang menyeluruh bagi mengatasi kes jenayah yang berlaku.

LAIN-LAIN BERITA

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

Prinsip moral tinggi

INTEGRITI adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan seumpamanya yang berperanan besar dalam membina

Trend pengangguran global

PENGANGGURAN merupakan fenomena berleluasa yang mempengaruhi individu, keluarga dan masyarakat global. Daripada negara maju sehingga ekonomi membangun, isu pengangguran menjadi cabaran yang memberi kesan kepada

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta