Ketirisan integriti punca rasuah

LIMBANG: Ketirisan integriti penjawat awam bermula daripa berkata, untuk itu jika berlaku konflik kepentingan, keutamaan harus diberikan kepada awam.

“Integriti dalam kalangan pejawat awam amat penting. Setiap pejawat awam perlu amanah ketika diberikan kuasa untuk melaksanakan sesuatu tugas.

“Penjawat awam harus telus, tulus, elakkan konflik peribadi, mempunyai akauntabiliti serta patuh kepada undang-undang dan peraturan,” katanya pada Majlis Penangguhan Hari Integriti Pentadbiran Bahagian Limbang Tahun 2020 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Ahmad berkata, usaha untuk menyemarak  integriti dan telus dalam penyampaian perkhidmatan bertujuan untuk membangunkan dokumen Pelan Antirasuah Organisasi.

Ujarnya, dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi pula menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam organisasi.

“Amalan budaya kerja cemerlang berkait rapat dengan budaya integriti dalam pekerjaan. Tanpa budaya integriti, mustahil untuk seseorang pekerja mencapai kecemerlangan.

“Kecemerlangan memerlukan pekerja mematuhi ketepatan waktu, penyampaian maklumat, perkhidmatan, kerahsiaan maklumat, menepati janji, pergaulan antara rakan sekerja dan banyak lagi,” tambahnya.

Kerajaan jelasnya, sentiasa proaktif memantapkan integriti bagi memastikan penjawat awam menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian perkhidmatan awam lebih telus, cemerlang dan berdaya saing.

Hari Integriti Pentadbiran Bahagian Limbang selama dua hari melibatkan 80 Pegawai Tadbir dan Penolong Pegawai Tadbir Pentadbiran Bahagian Limbang.

Bengkel ini bertujuan membentuk jawatankuasa bagi Penubuhan Pelan Antirasuah Organisasi yang akan diguna pakai bagi keseluruhan Bahagian Limbang.

Ketua Pegawai Integriti Zuhairy Zaidel, Timbalan Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Penolong Pegawai Daerah Lawas Joseph Ganang Surang, Ketua Seksyen Pentadbiran dan
Khidmat Koporat Majenah Lass dan Ketua Unit Integriti, Jabatan Tanah Dan Survei Negeri Sarawak Siti Romiza Romali antara yang hadir.

Suara Sarawak