Ketua JPJ Limbang meninggal

LIMBANG: Ketua Jabatan Pengangkutan Jalan Limbang (JPJ) meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas, pagi semalam.

Beliau yang bertugas di SP Sekaloh Miri, Morsidi Rosli, 47, disahkan meninggal dunia di rumah saudaranya di Kampung Luak, Miri kira-kira jam dua pagi semalam, kata Ketua Penolong Pegawai Penguat kuasa Limbang Julaihee Dison.

“Arwah yang masih belum berkahwin dikatakan mengalami sesak nafas dan disedari sendiri oleh keluarga saudaranya.

“Keluarga saudaranya kemudian menghubungi pihak hospital, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik yang bertugas.

Julaihee berkata, jenazah dibawa balik ke kampung halamannya di Kampung Sembiling di sini untuk dikebumikan.

“Arwah dibawa ke Limbang menaiki van jenazah dengan diiringi lima buah kereta peronda JPJ Miri, Limbang dan Lawas pada jam 10 pagi.

“Jenazah tiba di kediamannya pada jam 1.30 petang dan di- sembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sembiling,” ujarnya.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah seramai lebih 40 orang anggota JPJ Miri, Limbang dan Lawas, anggota agensi kerajaan lain, penduduk kampung serta rakan-rakan arwah.

Suara Sarawak