Ketua Menteri luluskan dana RM5 juta untuk penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Rumbia Sarawak

MUKAH: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini meluluskan dana khas berjumlah RM5 juta bagi penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Rumbia Sarawak.

Beliau berkata menerusi penubuhan Lembaga tersebut membolehkannya menjadi satu organisasi yang fokus kepada pembangunan industri rumbia di negeri ini.

Dengan tertubuhnya(Lembaga Pembangunan Industri Rumbia Sarawak), katanya, dapat membantu melonjakkan taraf hidup khususnya buat rakyat pesisir dan luar bandar.

Katanya, pengurusan di bawah Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah dalam memastikan ianya diurus dan ditadbir dengan berkesan.

Tambah beliau lagi, satu kajian juga akan dijalankan bagi mengenal pasti kaedah yang lebih efisien dalam membantu pengeluaran dan penanaman(rumbia).

Ini, katanya lagi, kerana industri rumbia berpotensi untuk dikomersialkan di pasaran luar negara sambil menambah usaha sistematik dan profesional mempelbagaikan penghasilan produk berasaskan rumbia mampu merangsang industri berkenaan.

Suara Sarawak