ARTIKEL

Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain | Bernama

Ketua Pengarah AKPS, Mohd Shuhaily didakwa di Mahkamah Majistret Sepang esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan akan hadir ke Mahkamah Majistret Sepang esok bagi menghadapi pertuduhan mengasari dua anggota polis.

Beliau menegaskan kesediaan menghadapi proses perundangan negara dan menerima apa-apa keputusan mahkamah, sambil menyifatkan usaha memperbaik sempadan Malaysia sebagai sesuatu yang memerlukan pengorbanan diri.

Selain itu, Mohd Shuhaily merakamkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokongnya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan Mohd Shuhaily akan didakwa atas dua pertuduhan mencederakan dua pegawai polis di tempat kejadian mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan menyatakan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah merakam percakapan 25 saksi setakat ini bagi membantu siasatan kejadian pada 28 Sept lalu seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Pendaftaran PN dibatalkan – RoS

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN), selepas mendapati penjelasan yang dikemukakan parti itu gagal menyangkal asas pembatalan seperti yang

BERITA TERBARU

Bintulu jadi pentas bakat baharu Muay Thai Sarawak

KUCHING: Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS) berjaya mengenal pasti ramai atlet berbakat dan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Himpunan atlet baharu berkenaan