ARTIKEL

Abang Johari berucap pada Majlis Sambutan TBC Jabatan Premier di Atrium DUN, Kuching, hari ini. | Foto: JAPEN

Keupayaan perkhidmatan awam laksana program pembangunan tunjang kejayaan Kerajaan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keupayaan perkhidmatan awam dalam melaksanakan program pembangunan yang dirancang menjadi tunjang di sebalik kejayaan Kerajaan Sarawak, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau turut menyifatkan hasil komitmen dan kerja keras daripada penjawat awam itu sebagai secara tidak langsung membolehkan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Abang Johari (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain menyempurnakan acara simbolik tradisi Cina ‘yee sang’. | Foto: JAPEN

“Kita bertuah kerana Sarawak mempunyai budaya yang begitu warna-warni, selain mempunyai perpaduan yang utuh di antara kita dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Abang Johari berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) Jabatan Premier di Atrium, Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menurutnya lagi, antara kejayaan besar yang dicapai oleh Kerajaan Sarawak adalah memperoleh beberapa organisasi strategik, termasuk Pelabuhan Bintulu, serta tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita berjaya mengambil semula kekuatan kita, termasuk persekitaran, dan sesuatu akan berlaku pada Chap Goh Mei, yang anda semua akan ketahui nanti.

“Ia juga akan menetapkan ekosistem di Sarawak apabila semua entiti strategik berada dalam kawalan kita,” ujarnya.

Justeru, beliau berkata kepakaran baik dalam kalangan penjawat awam mahupun swasta diperlukan untuk menguruskan semua agensi yang diambil alih itu.

“Kita memerlukan idea yang signifikan dan penting untuk meningkatkan apa yang telah dinikmati.

“Selain itu, kita juga berharap untuk mencapai harapan yang telah ditetapkan pada 2030 nanti,” katanya.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk