ARTIKEL

Kevin Lau

Kevin Lau sokong cadangan tangguh perluasan SST

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, percaya bahawa pelaksanaan kadar cukai jualan yang disemak semula ke atas perkhidmatan kewangan tidak seharusnya dilakukan secara tergesa-gesa bagi mengelakkan kekeliruan.

Beliau berkata walaupun cukai yang disemak semula itu tidak akan menjejaskan perkhidmatan perbankan yang biasa digunakan, maklumat terperinci perkhidmatan perbankan yang akan terlibat masih diperlukan.

Beliau menegaskan bahawa pengumuman sebegini boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai, terutamanya para pemilik perniagaan.

“Ia baru sahaja diumumkan dan hanya tinggal beberapa hari sebelum 1 Julai.

Banyak perniagaan mungkin belum bersedia.

“Perniagaan sedang menghadapi masa yang sukar disebabkan inflasi, dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) termasuk perkhidmatan kewangan akan membebankan mereka lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini (Jumaat).

Kevin Lau juga percaya peluasan skop cukai ini akan menyukarkan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Beliau berkata PMKS mungkin akan menghadapi peningkatan kos menjalankan perniagaan termasuk perkhidmatan perbankan tertentu dan perkhidmatan pajakan seperti sewaan hartanah komersial termasuk pejabat, kedai dan gudang.

Justeru, beliau mencadangkan agar sebelum pelaksanaan dibuat, pihak berkuasa perlu mengumumkan dengan jelas perkhidmatan perbankan manakah yang akan dikenakan cukai perkhidmatan.

Katanya, kekurangan perjelasan boleh menyebabkan salah faham yang tidak perlu.

Beliau turut menggesa kerajaan untuk mencari jalan merangsang ekonomi domestik dan menyokong perniagaan tempatan.

Kevin Lau, yang juga Pengerusi Cawangan SUPP Bawang Assan, menyokong cadangan oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) agar pelaksanaan tersebut ditangguhkan sehingga awal tahun depan.

Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), dan Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bersama bahawa cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kewangan akan dikenakan mengikut undang-undang dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam.

Perkhidmatan kewangan yang melibatkan yuran dan komisen akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus.

Perkhidmatan perbankan asas seperti akaun semasa (akaun cek), akaun simpanan, atau perkhidmatan serupa seperti e-dompet, bersama yuran dan caj berkaitan, tidak akan dikenakan cukai tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU