Trending

Kewujudan kasino mampu memacu ekonomi Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Foto: Facebook Datuk Seri Tiong King Sing
pic 1: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

KUCHING: Kewujudan taman hiburan dan padang golf termasuk kasino di Borneo Highlands dijangka dapat mempromosikan pelancongan di Sarawak, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Sekali gus, dapat memacu ekonomi di kawasan sekitar serta menjana lebih banyak pendapatan untuk negeri, di samping mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Menurutnya lagi, mungkin ada yang bimbang bahawa kewujudan kasino boleh menimbulkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat, justeru langkah yang berkaitan perlu difikirkan dari awal sebelum melaksanakannya.

“Jika ada yang bimbang kewujudan kasino akan menyebabkan masalah sosial, maka pengawasan yang sewajarnya perlu disediakan seperti membenarkan warga asing memasuki kasino pada bila-bila masa.

“Jika orang tempatan yang masuk, maka mereka perlulah mematuhi peraturan khusus untuk memasuki kasino dan syarat-syarat lain yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, negara di Timur Tengah yang majoritinya penganut agama Islam juga beransur-ansur bergerak ke arah kesederhanaan, malah memiliki kasino mewah di sana dan bakal menganjurkan Miss World 2023 pada tahun ini.

“Adakah Malaysia khususnya Sarawak tidak berhak untuk dibangun dan dimajukan? Kita yakin ia dapat menjadi tarikan pelancong, di samping dapat menggunakan hasil pendapatan untuk membangunkan kawasan luar bandar di Sarawak.

“Bagaimanapun, kita serahkan kepada keputusan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam menerajui pembangunan negeri ini,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru