ARTIKEL

DOUGLAS UGGAH menerima cenderahati daripada Dennis pada Jamuan Makan Malam Delegasi PBB Telang Usan sempena Konvensyen Khas PBB Sarawak Zon Utara 2026 di sini, malam tadi.

Keyakinan Rakyat Perlu Terus Dipertahankan – Uggah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Keyakinan rakyat terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu terus dipelihara dengan memastikan rekod pencapaian Kerajaan Sarawak diterjemahkan melalui pelaksanaan pembangunan.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sepanjang tempoh lima tahun lalu, Kerajaan Sarawak melaksanakan pelbagai agenda pembangunan selain terus membela kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti, termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan, supaya memperkukuh gerak kerja bagi memastikan kemenangan calon GPS pada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN-13).

“Keyakinan rakyat terhadap GPS perlu terus dipelihara berdasarkan rekod pencapaian Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan pelbagai agenda pembangunan serta membela kepentingan rakyat sepanjang lima tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jamuan Makan Malam Delegasi PBB Telang Usan bertemakan “Peji Pemong Kejaie”, sempena Konvensyen Khas PBB Sarawak Zon Utara 2026 di sini, malam tadi.

Jelasnya, kemajuan yang dicapai di Telang Usan turut dapat dilihat menerusi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan yang memberi manfaat kepada penduduk, khususnya masyarakat di kawasan pedalaman.

Pada masa sama, Uggah merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau, atas komitmen berterusan dalam memberi perhatian keperluan penduduk serta membawa pembangunan ke kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh kepimpinan dan anggota PBB supaya terus mendekati rakyat serta memastikan khidmat kepada masyarakat di peringkat akar umbi sentiasa menjadi keutamaan, terutama menjelang PRN-13.

Turut hadir Menteri Kerja Raya merangkap Setiausaha Agung PBB, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU