ARTIKEL

Zulkiflee Sebli.

KGBS gesa kawalan keselamatan di sekolah diperkukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menggesa agar kawalan keselamatan di sekolah diperkukuh susulan pelbagai insiden jenayah tragis yang menimpa pelajar, baru-baru ini.

Presiden KGBS Zulkiflee Sebli berkata, kejadian tersebut bukan sahaja mengejutkan masyarakat, malah memberi tamparan kepada semua pihak yang selama ini menganggap kawasan sekolah sebagai tempat paling selamat untuk anak-anak belajar.

“Sekolah seharusnya menjadi zon selamat bagi pelajar menimba ilmu dan membesar tanpa rasa takut. Namun, insiden ini memberi amaran jelas bahawa aspek keselamatan fizikal perlu segera dipertingkatkan,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menggesa pihak sekolah bersama-sama agensi keselamatan mempertingkat prosedur pemantauan di pintu masuk dan keluar sekolah, termasuk memperketat pendaftaran pelawat serta memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik.

Langkah tambahan seperti pemeriksaan mengejut, rondaan berkala oleh pegawai keselamatan dan pendidikan keselamatan diri kepada pelajar turut disarankan bagi memastikan keselamatan berada pada tahap terbaik.

Menurut Zulkiflee, keyakinan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak di sekolah hanya dapat dipulihkan melalui komunikasi yang telus serta pelaksanaan tindakan nyata dan berkesan.

Langkah seperti pelibatan komuniti dalam rondaan keselamatan serta penyediaan talian aduan segera bagi melaporkan sebarang ancaman disifatkan sebagai keperluan mendesak.

KGBS turut mencadangkan agar semua Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan sekolah dikaji semula dan dikemas kini supaya lebih responsif.

Antara langkah yang disarankan termasuklah penempatan pegawai keselamatan sepenuh masa di sekolah besar atau berisiko tinggi serta penguatkuasaan kawalan lebih tegas terhadap kemasukan pengunjung luar ke kawasan sekolah.

Selain itu, Zulkiflee menekankan kepentingan memperkasakan peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dalam memastikan tindakan segera dapat diambil ke atas sebarang isu keselamatan.

KGBS dalam pada itu menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memperkukuh aspek keselamatan sekolah di seluruh negeri.

“Kami amat sedih dengan kejadian ini, namun ia menjadi peringatan bahawa keselamatan pelajar dan guru tidak boleh dipandang ringan. Dengan kerjasama menyeluruh, kita dapat memastikan sekolah kekal sebagai tempat yang aman untuk anak-anak kita,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU