KUCHING: Tindakan pencegahan mesti diutamakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap yang membahayakan bagi mengelakkan risiko murid dan guru terdedah dengan pencemaran udara.
Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Zulkiflee Sebli berkata, tiada kompromi ke atas keselamatan dan kesihatan anak-anak serta warga pendidikan melihat kepada keadaan cuaca sekarang.
“KGBS menyokong langkah penutupan sekolah sekiranya bacaan IPU melebihi 200 bagi mengutamakan keselamatan serta kesihatan murid dan warga sekolah.
“Namun, keputusan penutupan sekolah mestilah dibuat berdasarkan data IPU yang tepat, terkini dan setempat, serta disampaikan kepada semua pihak dengan pantas dan jelas
“Mekanisme pemantauan IPU perlu dibuat secara konsisten, jelas dan seragam, khususnya di kawasan yang terdedah kepada jerebu rentas sempadan seperti Sarawak,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.
Sehubungan itu, KGBS juga mencadangkan agar Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan garis panduan yang jelas berkaitan tindakan mengikut tahap IPU.
Ini termasuk pembelajaran dari rumah sekiranya keadaan berlarutan, supaya guru,




