ARTIKEL

Fatimah menyampaikan Plak KGC kepada Rakan Strategik baharu iaitu Klinik Jaya Medik, yang diwakili oleh Dr Haizul

KGC: Golongan warga emas dapat nikmati lebih banyak manfaat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kini lebih banyak golongan warga emas di seluruh Sarawak dapat menikmati pelbagai manfaat setelah berdaftar sebagai pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) serta mendapatkan kad masing-masing.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata demikian susulan daripada peningkatan terhadap jumlah KGC yang telah diagihkan di seluruh Sarawak sejak daripada tahun ia diperkenalkan.

“Bagi tahun 2020 sehingga 29 Februari tahun ini, sebanyak 275,130 KGC telah diagihkan di seluruh Sarawak, dan daripada jumlah tersebut terdapat 38,365 KGC telah diagihkan di Bahagian Miri.

“Pemegang-pemegang KGC di Miri boleh mendapatkan pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh lebih kurang 67 rakan strategik di seluruh Bahagian Miri, dan sebanyak 578 rakan strategik di seluruh Sarawak,” katanya dalam Majlis Penyampaian Plak KGC kepada Rakan Strategik baharu iaitu Klinik Jaya Medik di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa dengan berlakunya penambahan rakan strategik KGC, bermakna semakin banyak manfaat akan disediakan kepada warga emas di negeri ini.

Beliau berkata lebih banyak rebat atau diskaun akan diberikan syarikat swasta atau badan korporat melalui KGC, dan jumlah rebat adalah berbeza iaitu bermula daripada tiga hingga 40 peratus.

Pihaknya akan terus berusaha bagi menambah rakan strategik selaras dengan perancangan Kerajaan Sarawak untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di klinik swasta di bawah inisiatif baharu iaitu KGC Plus.

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa KGC juga turut dilengkapi dengan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) berjumlah RM3,000 yang merupakan pemberian kepada waris pemegang KGC yang meninggal dunia bagi menanggung kos pengebumian.

“Sejak 2020 sehingga 29 Februari tahun ini, sejumlah 16,690 permohonan BIK telah diluluskan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM50.07 juta bagi seluruh Sarawak.

“Manakala, bagi Bahagian Miri, 1,297 permohonan BIK telah diluluskan dengan perbelanjaan sebanyak RM3.891 juta,” jelasnya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus, pengarah Klinik Jaya Medik Dr Haizul Amri Mohd Dzulkafli, dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) Miri, Vivian Engkiong turut hadir.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang