ARTIKEL

Johnny Pang bergambar bersama penduduk Kampung Assyakirin Fasa 3 sempena Program Santai Bersama YB Johnny Pang.

Khidmat kepada rakyat perlu berterusan, bukan bermusim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Khidmat kepada rakyat perlu dilaksanakan sepanjang masa dan bukan hanya menjelang pilihan raya bagi memastikan isu serta keperluan masyarakat mendapat perhatian sewajarnya, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Beliau berkata, tanggungjawab wakil rakyat bukan sekadar menunaikan janji, malah menuntut komitmen berterusan untuk turun padang, mendengar keluhan penduduk dan mengambil tindakan susulan.

Johnny Pang menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Tanjong Batu kepada Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 3, Mohidin Drahman.

Isu setempat seperti longkang tersumbat, kerosakan jalan raya dan permohonan bantuan memerlukan perhatian berterusan daripada wakil rakyat serta agensi berkaitan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santai Bersama YB Johnny Pang di Kampung Assyakirin Fasa 3 di sini, Ahad.

Johnny Pang berkata, penyelesaian masalah penduduk memerlukan masa, peruntukan, penilaian teknikal dan kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan tindakan diambil bersesuaian dengan keperluan sebenar.

Tidak semua masalah dapat diselesaikan serta-merta kerana pelaksanaan projek turut bergantung pada kemampuan kewangan dan pertimbangan teknikal.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa setiap aduan akan diteliti dan tindakan susulan diambil bagi mengenal pasti penyelesaian yang praktikal.

Sehubungan itu, beliau berharap hubungan dengan penduduk Kampung Assyakirin Fasa 3 terus diperkukuh melalui komunikasi terbuka dan kerjasama dalam mengenal pasti isu serta keutamaan pembangunan setempat.

Beliau turut menggalakkan penduduk mengemukakan cadangan dan menyalurkan maklumat mengenai perkara yang memerlukan perhatian supaya penyelesaian dapat diusahakan bersama.

Kapsyen 1: Johnny Pang bergambar bersama penduduk Kampung Assyakirin Fasa 3 sempena Program Santai Bersama YB Johnny Pang.

Kapsyen 2: Johnny Pang menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Tanjong Batu kepada Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 3, Mohidin Drahman.

BERITA LAIN

Koperasi pemangkin ekonomi komuniti Saribas

DEBAK: Gerakan koperasi berpotensi memperkasa sektor pertanian dan agromakanan di Saribas, sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,

BERITA TERBARU

Koperasi pemangkin ekonomi komuniti Saribas

DEBAK: Gerakan koperasi berpotensi memperkasa sektor pertanian dan agromakanan di Saribas, sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,