KUCHING: Program Agihan Bubur Lambuk Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, PERKIP Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching dengan kerjasama Persatuan Jururawat Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching 2025 berlangsung meriah dan berjalan lancar.
Majlis simbolik perasmian program berkenaan disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian, iaitu Kho Teck Wan. Turut hadir Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching, Dr Johnny Pangkas, Pengerusi PERKIP, Amin Haji Tamel, serta barisan ahli jawatankuasa lain.
Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, Amin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan penganjuran program tersebut.
Amin berharap kerjasama yang terjalin antara semua pihak terbabit dapat dikekalkan.

“Pihak kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini,” ujarnya.
Menurutnya, penganjuran program seumpama itu secara tidak langsung dapat mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan petugas.
“Pihak kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat,” tambah Amin.

