»Anggota kumpulan K-Pop Le Sserafi m iaitu Kim Chaewon disahkan menghidap infl uenza A menurut laporan Source Music. Ketika hampir pulih, Kim Chaewon dikatakan diserang pening dan terpaksa ke hospital lagi.
Dia disarankan oleh doktor untuk berehat. Justeru, Kim Chaewon tidak menyertai jadual promosi dalam masa terdekat, termasuk prarakaman NPOP sehingga dimaklumkan. Le Sserafi m mempromosikan diri sebagai kumpulan wanita dengan empat ahli tanpa Kim Chaewon.



