ARTIKEL

Kim Jong Kook dedah isteri bermula sebagai rakan lama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Penyanyi terkenal Korea Selatan, Kim Jong Kook akhirnya membuka sedikit kisah peribadi mengenai isterinya dalam sebuah rancangan televisyen.

Menerusi siaran program Problem Child in House terbitan KBS 2TV yang bersiaran pada 29 haribulan lalu, pengacara Jun Hyun Moo tampil sebagai tetamu dan mengulas tentang isu perkahwinan yang semakin dekat dengannya.

“Saya hampir mencecah usia 50 tahun.

Segalanya terasa mengelirukan,” kata Jun Hyun Moo sambil mengakui dia ingin mendapatkan pandangan Kim Jong Kook yang lebih berusia setahun daripadanya.

Menurut Jun Hyun Moo, Kim Jong Kook sebelum ini dikenali sebagai individu yang kurang berminat untuk berkahwin, justeru dia ingin tahu sama ada penyanyi itu berubah pendirian selepas bertemu insan yang tepat atau sebaliknya.

Menjawab persoalan itu, Kim Jong Kook mengakui dia memang sampai ke satu tahap di mana perkahwinan dirasakan perlu.

“Saya membuat keputusan untuk berkahwin dengan cara yang saya bayangkan dan impikan,” katanya.

Pengacara Kim Sook kemudian bertanya sama ada wanita tersebut sudah muncul dalam hidupnya ketika itu.

Kim Jong Kook menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah mengenali isterinya sebelum mereka menjalinkan hubungan cinta.

Jun Hyun Moo turut mencelah dengan bertanya sama ada wanita itu pada awalnya sekadar rakan biasa.

Kim Jong Kook menjawab bahawa isterinya sebelum itu dianggap seperti adik sendiri, namun satu detik mengubah segalanya.

“Ada satu masa saya terfikir, jika saya berkahwin dengan orang ini, saya akan sangat bahagia dan kehidupan akan jadi lebih baik,” katanya.

Kim Jong Kook mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita bukan selebriti pada 5 September tahun lalu.

Majlis perkahwinan tersebut diadakan secara tertutup dengan maklumat berkaitan lokasi, jadual dan tetamu dirahsiakan sepenuhnya.

Identiti isterinya juga kekal tidak didedahkan kepada umum sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan peminat dan pemerhati industri hiburan.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU