ARTIKEL

Kimi pada perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat di Litar Americas, Austin, Texas, awal pagi tadi.Foto: Mercedes AMG-Petronas F1

Kimi Selangkah Cipta Sejarah, Hanya Perlu Dua Mata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kimi Antonelli kini hanya memerlukan dua mata untuk mengesahkan gelaran juara dunia Formula Satu (F1) 2026 selepas menghadiahkan kemenangan kesembilan musim ini buat Mercedes-AMG Petronas pada Grand Prix Amerika Syarikat di Litar Americas, Austin, Texas, awal pagi tadi.

Pelumba Itali berusia 20 tahun itu mengukuhkan kedudukan pendahulu Kejuaraan Pemandu Dunia dengan 365 mata, mengatasi rakan sepasukannya, George Russell dengan kelebihan 123 mata.

CEMERLANG…Kimi meraikan kemenangan bersama-sama rakan sepasukan.Foto: Mercedes AMG-Petronas F1

Kimi kini hanya perlu menamatkan perlumbaan di Grand Prix Mexico City, 1 November ini, sekurang-kurangnya pada kedudukan kesembilan untuk memastikan gelaran dunia menjadi miliknya, walaupun Russell memenangi perlumbaan tersebut.

Sekiranya berjaya, Kimi bakal memecahkan rekod Sebastian Vettel sebagai juara dunia termuda F1, selain menjadi pelumba Itali pertama bergelar juara dunia sejak Alberto Ascari pada 1953.

Mengulas kejayaan tersebut, Kimi memuji kerjasama pasukan dan keberkesanan strategi yang dilaksanakan sepanjang perlumbaan, terutama selepas Mercedes memperkenalkan pakej penambahbaikan terhadap jenteranya.

“Inilah keputusan yang kita perlukan. Semua anggota pasukan melakukan tugas dengan baik.

“Terima kasih banyak-banyak dan marilah kita terus berusaha,” katanya menerusi komunikasi radio bersama pasukan sejurus menamatkan perlumbaan.

PODIUM…Pelumba muda Mercedes, Kimi merakamkan gambar kenangan bersama-sama Leclerc dan Verstappen.Foto: Mercedes AMG-Petronas F1

Prinsipal Mercedes-AMG Petronas, Toto Wolff turut mengiktiraf pencapaian pelumba mudanya itu yang semakin hampir menghadiahkan kejuaraan dunia kepada pasukan berkenaan.

“Kimi, satu lagi langkah kecil telah dicapai,” katanya dalam komunikasi radio selepas Kimi melintasi garisan penamat untuk mengesahkan kemenangan di Austin.

Kimi yang bermula dari petak utama menguasai perlumbaan sepanjang 56 pusingan sebelum melintasi garisan penamat dengan catatan satu jam 35 minit 16.650 saat, meninggalkan Charles Leclerc (Ferrari) sejauh 13.078 saat, manakala Max Verstappen (Red Bull) melengkapkan podium di tempat ketiga.

Kejayaan itu disumbangkan strategi satu hentian pit Mercedes yang membolehkan Kimi mengekalkan kelebihan walaupun pencabarnya menggunakan pendekatan berbeza, selain mengawal perlumbaan ketika pelaksanaan kereta keselamatan maya.

Kimi pada perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat di Litar Americas, Austin, Texas, awal pagi tadi.Foto: Mercedes AMG-Petronas F1

Sementara itu, Russell yang menamatkan saingan di tempat kelapan kini mengumpul 242 mata, manakala Lewis Hamilton (Ferrari) berada di kedudukan ketiga dengan 241 mata selepas menduduki tempat keempat di Austin.

Kemenangan Kimi turut mengukuhkan kedudukan Mercedes-AMG Petronas dalam persaingan Kejuaraan Pengeluar Dunia, dengan pasukan itu terus mempamerkan prestasi konsisten menerusi sembilan kemenangan pelumba berkenaan sepanjang musim.

BERITA LAIN

Kestabilan Politik Tarik Minat Pelabur Ke Sarawak

TANJUNG MANIS: Persekitaran politik yang stabil serta dasar pembangunan berterusan menjadi pemangkin kepada kemasukan pelaburan bernilai lebih RM116.8 bilion ke Sarawak sepanjang 2021 hingga 2024,

BERITA TERBARU

Kestabilan Politik Tarik Minat Pelabur Ke Sarawak

TANJUNG MANIS: Persekitaran politik yang stabil serta dasar pembangunan berterusan menjadi pemangkin kepada kemasukan pelaburan bernilai lebih RM116.8 bilion ke Sarawak sepanjang 2021 hingga 2024,