KEHILANGAN Si Konit menjadi tanda tanya. Entah masih hidup atau mati. Jika mati tentu ada bangkainya, jika masih hidup gelagatnya tidak wujud. Kehilangannya dianggap perkara yang mistik.
“Kenangan aku pada Si Konit masih ada dan tentu kisahnya belum berakhir lagi,” bisik hati kecilku. Ingatanku ditambah dengan fakta-fakta ini:
Siri satu – Berakhir Rindu Si Konit
Nilai moral cerita ini, orang yang memelihara kucing mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan.
Mereka lebih bahagia, percaya diri dan tidak mudah gugup dan juga lebih tenang menghadapi masalah.
“Perasaan positif terhadap haiwan peliharaan menimbulkan perasaan positif terhadap orang lain,” jelas Rose Perrine dan Hannah Osborne dari Universiti Eastern Kentucky.
Siri dua – Si Konit Gembira Semula
Sementara, yang memilih bentuk ombak, dia mempunyai minat yang pelbagai, sentiasa serba boleh dan fleksibel, kurang menggemari sesuatu yang rutin atau berjadual.
Akhir sekali, dia suka kepada kehidupan yang bebas dan kurang kawalan.
Sekiranya Si Konit itu manusia, tentulah dia boleh dikategorikan memiliki bentuk ombak.
Perangainya yang gemar bebas dan tidak suka dikawal memang sikap semula jadi bagi haiwan.
Siri tiga – Si Konit
Jangkaan hayat kucing dikatakan hanya sekitar 10 hingga 15 tahun, tetapi ada juga jangka hayatnya mencapai hingga 20 tahun.
Siri akhir – Si Konit
“Miaw…miaw,” suara manja Hazel dan Honey, tetapi pastinya bukan suara Si Konit lagi. Si Konit tetap diingati walaupun seekor haiwan. Dia adalah haiwan belaan. Kehilangan Si Konit tetap jadi kenangan.
Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Nasib baik jiran ada menghadiahkan dua ekor kucing sempena hari jadi anak. Seekor warna kelabu Si Hazel kakaknya dan seekor warna putih bertompok kelabu, adiknya Si Honey.
Sedihnya Si Honey mati lebih awal setelah dia trauma selepas bergaduh dengan Si Belang kucing gelandangan. Walaupun gelandangan dia tetap juga diberi makan, sebab haiwan kucing seakan manusia. Dia perlu makan, tidur. Cuma haiwan ada nafsu tetapi tiada akal seperti manusia.
Satu ketika Si Hazel pernah keluar dari sangkarnya. Kira-kira seminggu selepas itu, dia balik semula. Rupa-rupanya dia berkawan intim dengan seekor kucing jantan di sekitar Taman Dusun Bayu.
Beberapa bulan selepas itu, mengundanglah Si Hazel dan melahirkan tiga ekor anak kucing. Dua betina dan seekor jantan. Yang jantan putih bertompok hitam sementara betina putih bertompok belang dan berbulu hitam pekat. Sekarang mereka berempat adalah sihat.
Ada lagi seekor kucing gelandangan berbelang bulunya seakan belang Si Harimau. Dia sekali sekala datang ke rumah kami minta makanan. Setelah makan dia pergi ke rumah lain, tidak tetap pendiriannya yang seekor itu.
Seekor kucing yang hilang atau mati, sekali datang lima, iaitu Si Hazel dan tiga anaknya dan kucing gelandangan Si Belang. Kira sudah beberapa tahun aku memberi kucing-kucing makanan.
“Aku anggap ianya mendatangkan rezeki. Jika tidakpun rezeki duit, mungkin rezeki anugerah kesihatan dari Tuhan, serta kelapangan masa untuk menulis dan membaca dan perkara-perkara lain yang bermanfaat,” bisikan dalam kalbuku.
Lagipun ketenangan jiwa bila melihat haiwan peliharaan seumpama kucing. Menjadi satu hobi memelihara kucing dan akhirnya masih ingatan dengan Si Konit walaupun ada kucing-kucing lain penggantinya.



